Tuesday, March 17, 2009

"Saya menerima dengan hati yang terbuka" -Dato Ali


"Saya sebagai ahli menerima dengan hati terbuka dan memohon maaf kepada semua penyokong yang tidak dapat tunai dan meneruskan hasrat mereka," kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang dilarang untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.
Katanya akur dengan keputusan Lembaga Disiplin UMNO biarpun sudah menegaskan dirinya tidak bersalah dan mengemukakan rayuan kepada lembaga berkenaan dan Majlis Tertinggi UMNO.
"Hari ini saya memberi surat rayuan dan diharapkan rayuan saya diterima. Kalau boleh dibenarkan bertanding pada pemilihan parti minggu depan.
"Saya akan menyerahkan jiwa dan raga serta berkorban apa saja demi parti. Malah, pemilihan UMNO minggu depan juga saya akan hadir," katanya di kediaman rasminya di Seri Bendahara, semalam.
Mohd Ali yang tenang dengan keputusan terbabit bagaimanapun mengucapkan syukur kerana masih diberi kepercayaan memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
Hasratnya kini mengharapkan terdapat ruang lega dan parti semakin kuat dalam proses peralihan kuasa yang bakal diterajui Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri baru Malaysia.
"Saya boleh menghadapi dengan tenang dan saya amat faham perasaan penyokong saya serta mereka perlu terima dengan hati terbuka.
"Walauapapun, saya akan menjalankan tugas seperti biasa dalam kerajaan mahupun parti..cuma tidak dapat bertanding sahaja.
"Manakala, ketika ini parti perlu kuat untuk mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap UMNO," katanya.

No comments:

Post a Comment